Pemancaran adalah satu proses permindahan gelombang radio atau elektromagnetik dari talian penghantaran ke ruang bebas melalui antena pemancar. Manakala penerimaan pula ialah satu proses penerimaan gelombang radio atau elektromagnetik dari ruang bebas melalui antena penerima.
Pada kebiasaannya, sebarang bahan konduktor yang membawa arus elektrik boleh dijadikan antena. Jika bahan konduktor berkenaan membawa arus yang berubah-ubah, ia akan memancar satu gelombang elektromagnet yang tidak efisien.
Apabila satu antenna digunakan untuk memancar gelombang radio, arus elektrik akan dialirkan dan digetarkan oleh pemancar di sepanjang wayar atau rod antena tersebut.Tenaga yang dihasilkan dari getaran cas-cas akan dipancarkan ke dalam ruang bebas sebagai gelombang radio. Antena yang digunakan untuk tujuan penerimaan isyarat akan mengenakan suatu arus elektrik dalam wayar atau rod besinya. Arus ini akan digandakan oleh gelombang radio yang diterima.
Parameter perlu diambil kira dalam antena:-
- Penghasilan tenaga dari antena
- Galangan(Impedance)
- Keefisenan
- Jalur Lebar (Bandwidth)
- Penerimaan dan penghantaran isyarat
Bahan menbuat Antenna:-
- Emas
- Tembaga( coper )
- Besi ( stell)
- Aloi ( aluminum )
Antenna TV,antenna Radio FM& Radio Amatur.Antenna WIFI,Antenna Satellite ( Parabola )semuanya dalam ketegori Antenna,
UNDANG DI MALAYSIA:-
Akta Komunikasi & Multimedia (1998)Section 183
Menjejaskan keselamatan awam suatu kesalahan
Untuk Makluman Semua HAM kalau tower/antenna jatuh atas rumah dan mencederakan atau menyebabkan kematian :
SECTION 183 Menjejaskan keselamatan awam suatu kesalahan
Seseorang yang menggunakan apa-apa kelengkapan teknik atau sistem yang menjejaskan keselamatan awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Akta Kastam Diraja Malaysia:- Customs Act 1967
Larangan Import -semua peranti komunikasi kena ambil AP daripada SIRIM-
- Broadcast receivers capable of receiving radio communication within the ranges (68 - 87) MHz and (108 - 174) MHz
- Radio communication being used for telecommunication in the frequency lower than 3000 GHz.
- Parabola antenna for outdoor use.
- Yagi,astra,Jpole,Guard bermacam-macam antenna boleh dibuat tanpa kesalahan. tapi jangan bagi ada kes-kes kecederaan sudah lah.
- Setiap Homebrew antenna @ yang dibeli perlu dipasti Tx(Pemancaran) kuasa yang digunakan tidak mengangu siaran tv komesial spt TV1,TV2,TV3,TV9.TV8 bukan kita sebagai ham perlu menbuat filter( pembersih gelombang dan kuasa) semasa Ujian pemancaran.
- Banyak lagi benda yang perlu di pelajari dalam dunia Radio Amatur.Kajian pada tower ketahap ketinggian yang maksimun.Tune antenna.filter Gelombang/Kuasa.Coxial.Amplifier ( Homebrew ) dan bermacam-macam lagi perlu diambil kira.
- UmmH Parabola buatan sendiri tak jadi masalah kalau nak buat sendiri benda pun senang nak buat bukannya susah tak payah minta AP dari SIRIM dan tak sangkut pun Akta Kastam sebab kita bukanya IMPORT tapi buat sendiri tujuannya untuk apa hendak digunakan:??????
de,9w2DDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan