Written by 9W2KEY
and 9W2DDA ( Foto Only )
Digi adalah merupakan 1 station yg bertindak sebagai gateway, yang mana dalam station itu terdapat sistem APRS yang akan TX audio ke RF (Radio Frequansi). Digi ini akan TX dan RX audio ke station yang login atau yang check in di gatewaynya. Kemudian akan menghantarkan atau retrasmit signal atau becon yang dihantar tadi ke ARPS Server melalui internet.
Oleh yang demikian station yang tidak mempunyai internet, sama ada dibase station, portable atau mobile akan dapat menghantar becon ke APRS Server melalui digipeater ini. Dan station2 lain yang sedang aktif di APRS juga dapat monitor station yg check in melalui digi, juga dapat menghantar messages kepada station-station ini. Ini semua adalah kerana semua data dan packet akan melalui digi. Jadi, digilah yang memain peranan utama dalam sistem komunikasi ini.
Pertama, sebelum diaktifkan digipeater, operator gateway ini hendaklah memiliki satu peralatan yang membolehkan sound atau suara yang membawa data tadi diterjemah oleh komputer dalam bentuk digital. Dengan kata lain memerlukan modem, didalam kes ini kita memerlukan modem yang dapat disambungkan kepada RIG bukannya ketalian talipon.
Pada asasnya RIG adalah membawa suara untuk QSO dlm mode F3E, oleh yang demikian bila melibatkan suara atau bunyi (seperti yang terdapat dalam contoh yg diberikan pada post yang pertama dulu) maka sound card lah yang paling berkesan dan sesuai untuk dijadikan modem. Ini kerana sound card itu sendiri sebenarnya terdiri daripada chip2 yg membolehkan ia menerima dan menghantar baudrate. More...
Untuk membolehkan sound card bertindakan sebagai modem, kita memerlukan driver yang membolehkan ianya berkerja sedemikian. Dalam banyak2 driver utk menjadikan sound card sebagai modem atau network card ialah AGWPE, program ini boleh didownload secara percuma sila klik disini.
AGWPE
Selepas download sila buat 1 folder khusus utk nya contoh c:\agwpe unzip file2nya dalam folder tersebut.
SETUP AGWPE
Program ini adakan runing "dibelakang tabir" icon agwpe akan muncul berhampiran dengan jam discreen komputer anda.
TNC Setup -> Select port -> Com 1 -> Rujuk kepada image dibawah
Tekan OK TCPIP over radio
Tekan OK Exit dan restart AGWPE untuk mendapatkan kesan daripada apa yang telah kita setup tadi.
SETUP UI-VIEW
Run UI-View kemudian pegi ke menu Setup dan pilih Comms Setup, ikut macam seperti
dalam image
Tekan OK Tekan Setup -> Digipeater Setup -> Rujuk image dibawah
Tekan OK Tekan Setup -> Station Setup -> Tukar callsign masukkan -3 selepas callsign untuk mengambarkan station Digi
Tekan OK Tekan Setup -> APRS Server -> Rujuk image dibawah
LET DIGIPEATER
Bila semua dah siap, Exit AGWPE dan Ui-View. Sambungkan RIG kepada komputer dengan menggunakan Interface.
Pastikan freq di RIG berada di freq yang betul, jangan sesekali memancar di repeater tanpa kebenaran kerana ini akan menimbulkan banyak masaalah pada mereka yang tidak mengatahui tentang ini.
Bila semua dah bersedia, agwpe dulu kemudian diikuti dengan ui-view. Guna ui-view macam biasa dan untuk membuat percubaaan sila tekan F9 (Send Becon) dan perhatikan pada RIG, adakah Signal dan TX di RIG.
Jika ada aktiviti di RIG, ini bermakna station anda telah bersedia menerima mana2 station untuk menggunakan digipeater ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan