Welcome to my Blog or I would rather say to my Home Page. The content here is mostly for my own use, i. e. to organize my interests/hobbies and to make it possible to recap what I have found is of interest for me. Some of it may also be of interest for you and I will be glad to share it. As you can see this Home Page has somewhat a focus on amateur radio/amateur astronomy & satellite. That is because my main hobby is or has been Astronomy,Satellite, Amateur Radio with my callsign 9W2DDA.Sometimes it is watching or digital photography.Digital Product It depends on my mood of the day. That is why the content here has a widespread focus on little here and there. My name is Dr.Mohd Anuar and I live in Cenang Beach Langkawi Island District 1979-2022,Moving Kuala Muda District (Tikam Batu, Sungai Lalang, Sungai Layar, Sungai Petani, Gurun) Black History Happened 2020-2022 My Shophouse, Has Been Transferred Due To The Struggle Of Inheritance, And My Shophouse Was Demolished By The Al Ehsan Mosque, Without Proper Compensation.

Khamis, 22 April 2010

Antenna adakah anda Faham

Sample vertical Antenna

Data Diagram dB

Antenna Vertical Sebuah antena yang menerima gelombang elektromagnet dan menghantar gelombang elektromagnet hanya sesuai menghantar di bawah atmosfera ( lapisan troposfera & estratosfera )0-50km dari bumi sahaja dan boleh menerima gelombang elektromagnet dari satellite.
Antenna Vertical seperti slim jim.V24,Diamond dan sewaktu denganya.






Antenna Satellite Dish Adakah anda tahu Satellite Dish iaitu Antenna Separa Bulatan ( parabola ).Kenapa Antenna Parabola dicipta berdasarkan Rupa bentuk bumi dan rupa bentuk alam semesta.

Antenna Parabola adalah sebuah antenna recaive yang terbaik menerima signal dari semua Satellite tidak kira kormesial,cuaca,amatur serta lain lain satellite.

Antenna Parabola boleh menghantar gelombang elektromagnet dalam kuasa yang tinggi (50-3Kilowat/1khz-2000Ghz/5dB-500dB) dan menerima gelombang elektromagnet dalam semua lapisan atmosfera 0-1000km dari paras bumi.


Antenna Yagi merupakan antenna yang bekerja semacam Antenna Parabola,Menerima dan Menhantar gelombang elektromagnet,kuasa berdasarkan element ( bilangan bilah antenna)
HF,VHF,UHF berdasarkan Band Radio (5-3kilowat/6dB-50dB/3 element-30 element)




Bagaimana kita pengemar Hobi komunikasi sepatutnya perlu faham tentang antenna,
walaupun ulasan saya ringkas sahaja. Antenna adalah aspek utama selain Equipment Komunikasi lain seperti muka bumi,wayar.kuasa,penjagaan dan lain aspek.

Sepatutnya Pengemar Hobi Komunikasi pelukan 2 jenis antenna iaitu penghantar(Transmit) dan penerima( Recaive).

Berbaloi-baloi.....QSO...Chat...Net...All Mode Digital....All Band.
9w2DDA.
dR.Mohd Anuar

Khamis, 1 April 2010

Teknologi Satellite Komunikasi Komputer ( Radio Amatur )

Mungkin sulit dibayangkan, sebuah teknologi satellite komunikasi murah yang dapat digunakan untuk pendidikan di negara-negara berkembang. Tentunya pra-syarat "murah" menjadi penting bila para pemakai satelit bukanlah negara atau golongan ekonomi kuat. Hal ini rupanya menjadi kenyataan di amatur radio. Beberapa satelit komunikasi komputer murah yang berbentuk kotak-kotak kecil diangkasa telah diluncurkan oleh kelompok-kelompok amatur radio yang bernaung di bawah organisasi AMSAT (Amateur Satellite). Salah seorang dari penulis (OWP) adalah anggota AMSAT-NA (North America). Dalam tulisan ini, arsitektur dan sistem satellite komunikasi komputer dana murah akan dibahas secara garis besar.

Maka terjadi Satellite:
  1. Satellite Amatur ( ISS,AO51,HO-68,SO-50)
  2. Satellite Cuaca ( NOAA)
Dan Banyak Lagi Satellite Komunikasi.

Satellite A051
International Space Station ( ISS )

Satellite NOAA

Ini adalah virtual Amateur transceiver yang bekerja pada Windows, Linux atau Mac atau sistem Java lainnya. HamSphere dapat digunakan oleh kedua (Ham Radio), dan berizin radio enthusiasts.
Anda dapat berkomunikasi dengan ribuan amatur radio dan radio enthusiasts dari lebih dari 160 negara di seluruh dunia. Tidak diperlukan hardware tambahan, hanya komputer Anda, mikrofon, speaker

  • APRS:Automatil Packet Reporting Sistem ( Internet@Radio)
  • MMSSTV/RTTY(Slow Scan Tv) menghantar/menerima foto melaluai gelombang Radio
  • UISS APRS to ARISS :meghantar/menerima data melaluai gelombang Radio
  • Echolink: Voice over IP (VoIP) sistem berQSO melaluai Radio.Link Server Internet
  • Wx Scan Image: Scan Data Audio dari NOAA Satellite gelombang Radio
  • HamRadio Program:
Peralatan hanya mudah sahaja yang diperlukan Oleh Rakan Ham:
  • Komputer( Destop/Laptop)
  • Handy VHF,UHF
  • Rig Mobeli VHF,UHF
  • Interface
  • Antenna ( Biarlah Sesuai Untuk Rec/Tranmit)
Program Obit Monitor Perjalanan Satellite
Antenna Transmit Yagi VHF,UHF

Sample MMSSTV/RTTY ( Slow Scan Tv ) dari Radio Ham Mengunakan Satellite

Scan Satellite NOAA dari station Langkawi Amateur Radio Satellite Communications



MMSSTV dari Langkawi Amateur Radio Satellite Communications

MMSSTV dari ISS


Perjalanan ISS
Program UISS APRS to ARISS

Dunia Komunikasi Digital mudah dengan adanya Komputer,Malah Program Pelbagai Jenis ada di Internet.
Selamat Melangkah ke Alam Digital Mode Radio Amatur.

Dr.Mohd Anuar.
9w2DDA

Memahami Teknologi Satelit ( Tajuk Lama Teknologi Satellite & Basic Satellite Komunikasi )






Analisis misi satelit adalah penting kerana ia memastikan misi satelit ditepati. Analisis yang selalu dilakukan adalah seperti analisis orbit yang diperlukan untuk menetapi misi satelit, analisis sistem beban bayar dan analisis bus satelit. Ia selalu dilakukan oleh jurutera aeroangkasa. Secara khususnya, satelit melibatkan komponen seperti;
Payloads @bebab bayar yang dapat menentukan misi satellite
Ia terdiri daripada sistem penderiaan jauh, sistem komunikasi dan kajian sains angkasa;
Pemnderiaan Jauh (remote sensing)
Penderiaan jauh adalah sistem untuk mengimbas permukaan bumi membabitkan pemerolehan maklumat untuk tujuan pemetaan;
Sistem Komunikasi Satellite
Melibatkan sistem perhubungan yang menggunakan satelit sebagai penghubung antara dua (atau lebih) titik komunikasi di bumi dan terdiri daripada reka bentuk sistem komunikasi dan pengoperasian stesen bumi oleh jurutera komunikasi dan elektrik/elektronik.
Kajian Sains Angkasa
Merupakan pakej saintifik yang kajiannya diadakan di angkasa lepas dan melibatkan saintis dalam bidang sains fizik.
Bas Satellite (Satellite Bus)
Ia melibatkan pelantar satelit itu sendiri, iaitu terdiri daripada struktur satelit dan subsistem satelit yang perlu kepakaran yang khusus.

Melibatkan struktur yang memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan. Bidang-bidang yang diperlukan adalah:
  • Jurutera aeroangkasa dalam reka bentuk, analisis, ujian dan penggunaan bahan logam dan bukan logam yang sesuai untuk misi satelit.
  • Jurutera bahan dalam penggunaan bahan logam (seperti aluminium dan lain-lain) dan bukan logam (seperti komposit).
  • Jurutera awam dalam analisis struktur.
Subsistems melibatkan:

Kuasa ( Power)
Subsistem kuasa memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan. Bidang-bidang yang diperlukan adalah;
  • Jurutera aeroangkasa dan jurutera kuasa dalam reka bentuk, analisis, ujian dan penggunaan teknologi kuasa seperti sel suria dan bateri yang sesuai untuk misi satelit.
  • Jurutera aeroangkasa dalam mereka bentuk sistem kuasa misi, iaitu kaedah penggunaan kuasa semasa satelit mengorbit bumi.
  • Jurutera elektrik dan elektronik untuk membangunkan litar yang mengawal penjanaan kuasa dan penggunaan kuasa, termasuk pengaturcaraan dan algoritma yang sesuai.
  • Saintis dalam bidang fizik untuk mengkaji bahan-bahan dalam pembuatan sel suria yang terkini.
Penentuan Sikap dan Kawalan
Subsistem ADCS memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan.
  • Sistem penentuan sikap seperti penderia matahari (sun sensor),penderia bumi (earth sensor), magnetometer dan penderia bintang (star sensor).
  • Sistem kawalan sikap seperti magnetork (magnetorque),roda tindakbalas (reaction wheel), sistem pendorong (propulsion system) dan lain-lain.
  • Kawalan Haba Subsistem kawalan haba memerlukan kepakaran dalam reka bentuk, analisis, ujian dan pembuatan sistem-sistem kawalan haba sama ada aktif atau pasif di angkasa. Bidang-bidang yang diperlukan adalah;
  • Jurutera aeroangkasa untuk reka bentuk, analisis, ujian dan penggunaan teknologi kawalan haba yang sesuai untuk misi satelit.
  • Jurutera mekanikal, dan jurutera bahan untuk membangunkan bahan-bahan terkini yang boleh digunakan untuk mengawal haba.
  • Saintis dalam bidang fizik
Kawalan Telemetri & Telekomunikasi (TT&C)
Sistem TT&C satelit adalah sistem perhubungan yang menghantar maklumat kesihatan satelit (satellite health) dan pengawalan (control) satelit. Ia terdiri daripada;
  • Reka bentuk sistem komunikasi yang akan dibuat oleh jurutera. aeroangkasa dan jurutera komunikasi.
  • Pengoperasian stesen bumi oleh jurutera komunikasi.
  • Sistem pendorong satelit adalah sistem pendorong dan kawalan satelit. Ia terdiri daripada;
  • Reka bentuk sistem pendorong yang akan dibuat oleh jurutera aeroangkasa dan jurutera mekanikal.
  • Bahan pembakarnya pula akan dijalankan oleh jurutera aeroangkasa, jurutera kimia, jurutera mekanikal dan saintis dalam bidang sains kimia.
Data Arahan dan Pengendalian Sistem ini merupakan sistem pengoperasian satelit yang mengawal semua subsistem dan beban bayar satelit. Ia akan memerlukan kepakaran jurutera aeroangkasa, jurutera elektronik, jurutera komputer dan pakar pengaturcaraan (programmer) untuk mereka bentuk sistem pemproses komputer dan menulis program dan algoritma yang sesuai.

Teknologi pelancar Ia berkaitan dengan pemilihan pelancar untuk melancarkan satelit ke angkasa. Ia selalu dilakukan oleh jurutera aeroangkasa.
Aplikasi/Penggunaan Teknologi Satellite
Untuk melihat penglibatan kerjaya dalam penggunaan teknologi satelit, terdapat dua kategori, iaitu:
Penderiaan Jauh
Penderiaan jauh adalah sistem untuk mengimbas permukaan bumi di mana maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk pemetaan, perancangan, pertanian dan pembuat keputusan.

Komunikasi Satellite
Sistem komunikasi satelit adalah sistem perhubungan yang menggunakan satelit sebagai penghubung antara dua (atau lebih) titik komunikasi di bumi.

Satellite Tempatan

MEASAT-I
Dilancarkan pada 13 Januari 1996 di Kourou, French Guaiana. Ianya menyediakan aplikasi khas iaitu perkhidmatan 'terus ke rumah' dalam iklim hujan dan tropika serta isyarat tinggi untuk memancarkan program televisyen di negara ini, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

MEASAT-2
Dilancarkan pada 13 November tahun yang sama di Kourou, French Guianan. Kesinambungan kepada siri gemilang negara dalam dunia komunikasi satelit. Seperti juga MEASAT-1, MEASAT-2 merupakan sistem satelit komunikasi dua pesawat putar distabil berkuasa tinggi HS376 yang dibina oleh syarikat Hughes Space and Communications Inc. dari Amerika Syarikat. Perkhidmatannya memberi kesan dalam tiga bidang utama iaitu komunikasi, maklumat dan pembaharuan kepada industri hiburan.
TiungSAT-1 Dilancarkan pada 26 September 2000. Pemantauan TiungSAT-1 dari stesen bumi di negara ini, dijalankan sepasukan empat jurutera dari stesen bumi yang ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Mampu merakamkan imej muka bumi menggunakan empat kamera pelbagai guna dengan resolusi 80 meter.

MEASAT-3
Dilancarkan 12 Disember 2006 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. Direka bentuk dengan objektif untuk menyediakan landasan transmisi satelit serba guna yang paling berkuasa dan paling berpotensi dari segi komersial.

RazakSAT
Dijadualkan dilancarkan antara 31 Ogos hingga 16 September 2008 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Pusat Angkasa Negara akan berfungsi sebagai stesen bumi yang akan menerima data satelit berkenaan selepas ia berada di angkasa lepas.
RazakSAT seberat 180 kilogram telah melalui dua fasa pembinaan iaitu model kejuruteraan dan model kelayakan. Ia mampu menghasilkan imej pankromatik dengan resolusi 2.5 meter dan imej panca spektra lima meter.
Kedua-dua ciri ini antara lain akan digunakan untuk melakukan pemetaan prasarana, memantau laluan perkapalan, melakukan pemetaan geologi dan memantau ekosistem marin.
RazakSAT akan ditempatkan 600 kilometer (km) atau 700 km dari bumi dalam kedudukan Orbit Hampir Khatulistiwa (NEO).
Satelit itu mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi sejauh 600 km dari angkasa dan berupaya memantau sebarang bentuk penerokaan hutan secara berleluasa menerusi penghantaran imej yang lebih kerap berbanding TiungSAT-1.
Selain berupaya memantau sebarang aktiviti alam sekitar lain termasuk cuaca dan iklim, RazakSAT juga boleh mengesan objek setinggi 2.5 meter iaitu bersaiz sebuah bas atau lori.