Welcome to my Blog or I would rather say to my Home Page. The content here is mostly for my own use, i. e. to organize my interests/hobbies and to make it possible to recap what I have found is of interest for me. Some of it may also be of interest for you and I will be glad to share it. As you can see this Home Page has somewhat a focus on amateur radio/amateur astronomy & satellite. That is because my main hobby is or has been Astronomy,Satellite, Amateur Radio with my callsign 9W2DDA.Sometimes it is watching or digital photography.Digital Product It depends on my mood of the day. That is why the content here has a widespread focus on little here and there. My name is Dr.Mohd Anuar and I live in Cenang Beach Langkawi Island District 1979-2022,Moving Kuala Muda District (Tikam Batu, Sungai Lalang, Sungai Layar, Sungai Petani, Gurun) Black History Happened 2020-2022 My Shophouse, Has Been Transferred Due To The Struggle Of Inheritance, And My Shophouse Was Demolished By The Al Ehsan Mosque, Without Proper Compensation.

Ahad, 20 Disember 2009

Al-Fatihah Buat Allahyarham Tok Aku Bulat Bt Lamsah

Awal Mulharam Hujan Rahmat Menyiram bumi selamat bahagia bagi umat ISLAM,pertanda awal oleh Allahyarham Tok Aku merasaianya HANYA ALLAH S.W.T sahaja yang Mengetahuai.

Allahyarham tok aku Semoga Bersemadi dengan aman,Ilmu,Amal yang dibawa.AL-FATIHAH kepada Mu Tok.

Semoga Tahun Baru Islam membawa RAHMAT bagi mu TOK

AL-FATIHAH
wasalam,
dari cucu mu ,9w2DDA

The Borneo Post Online

Penggunaan parabola berleluasa
Banyak rumah di Kuching terima siaran TV luar negara menyalahi undang-undang
KUCHING: Kebanyakan rumah di bandar raya ini didapati menggunakan parabola untuk mendapatkan siaran televisyen dari luar negara meskipun Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) tidak membenarkan orang ramai berbuat demikian.Mengikut undang-undang itu, pemasangan sebarang peralatan yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan seperti parabola adalah tidak dibenarkan.

Selain set parabola itu boleh dirampas oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), individu terlibat boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dunya sekali.
Alasannya, mungkin disebabkan muak dengan siaran tempatan sama ada siaran berbayar atau percuma, dan malah tidak dapat dinafikan kerana ia lebih murah berbanding melanggan siaran televisyen berbayar.
Deretan parabola di rumahrumah, sama ada di kampung, taman perumahan dan di pangsapuri, seolah-olah ia dibenarkan penggunaannya di Sarawak.
Wujud kekeliruan di kalangan orang ramai berhubung kesahihan penggunaan parabola.
Ada yang mengatakan penggunaan di Sarawak atau Sabah dikecualikan pengharamannya, ada juga berpendapat ia hanya dibenarkan untuk kawasan-kawasan pedalaman dua negeri ini.
Pengguna berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul dengan panggilan demikian, berkata rumahnya menggunakan parabola sejak 2005.
Dengan pembayaran sekali kira-kira RM800, dia yang tinggal di taman perumahan di Jalan Tun Abdul Rahman Yakub berkata, stesen televisyen berbayar mengenakan bayaran yang mahal.
“Saya tidak perlu risau untuk membayar bil setiap bulan kerana dengan memasang parabola kita cuma membayar satu kali berserta dengan upah pemasangan,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
Malah, menurutnya sebanyak 300 siaran dapat disaksikan dari pelbagai negara merangkumi Indonesia, Thailand, China, Vietnam dan negara-negara di Timur Tengah.
Katanya, program televisyen dari luar negara lebih bermutu berbanding yang disiarkan oleh syarikat penyiaran tempatan.
“Setiap perkara pasti ada baik dan buruk, ia bergantung dengan kebijaksanaan kita menggunakannya,” katanya.
Seorang ejen pemasangan parabola mengakui permintaan terhadap parabola pada masa ini adalah tinggi.
Beliau yang enggan dikenali berkata, harga alat itu yang paling murah setakat ini dengan upah pemasangan ialah RM250. Harga itu termasuk dengan dekoder.
“Ramai memilih parabola kerana ia jauh lebih murah berbanding bayar bulan-bulan (syarikat televisyen berbayar). Beberapa ratus sahaja kita dapat tengok sampai parabola rosak,” katanya.
Untuk parabola berharga RM250, pengguna dapat menyaksikan siaran dari China, Hong Kong, Arab dan Indonesia.
Penjualan parabola juga boleh didapati menerusi iklan- iklan disiarkan dalam laman web pemasaran.
Antaranya berbunyi: “Kami penjual parabola berukuran enam kaki. Siaran diterima kira-kira 200 saluran. Kami menjual satu set lengkap dengan upah pemasangan.”
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum ketika dihubungi mengesahkan bahawa penggunaan parabola adalah diharamkan di seluruh negara.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, Sarawak juga tidak terkecuali dengan penguatkuasaan undang-undang tersebut.
Beliau diminta mengesahkan status kesahihan penggunaan parabola di negeri ini yang semakin ketara peningkatannya.
Menurut sumber daripada SKMM, penguatkuasaan undang- undang itu di Sarawak merupakan isu sensitif.
Diminta mengulas mengenai istilah ‘sensitif’, beliau enggan memberitahu lanjut.
Justeru, penggunaan parabola di negeri ini seakan-akan dibenarkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai.
Berdasarkan beberapa forum di internet, penduduk di Semenanjung Malaysia sering mempersoalkan penggunaan parabola di Sarawak.
Apabila melihat jiran memasang parabola, mereka beranggapan penggunaannya sah dari segi undang-undang atas dasar terikut-ikut dengan orang lain.
Matthew dari Tabuan yang turut menggunakan parabola bermula pertengahan tahun ini berkata, dia menyembunyikan parabola di belakang rumah.
“Saya tidak pasti adakah ia sah atau tidak. Itulah sebabnya saya pasang di belakang rumah agar tidak kelihatan daripada pandangan umum,” katanya.
Menurutnya, parabola yang dibeli pada harga RM300 itu boleh menerima sebanyak kira-kira 10 siaran dari luar negara, kebanyakannya dari Indonesia.
Matthew berkata, jumlah saluran yang diterima bergantung kepada pilihan masingmasing menerusi arah mana ia menerima isyarat.
“Bagi yang berharga murah, kita perlu mengalihkan parabola secara manual untuk mendapatkan siaran dikehendaki,” katanya.
Petikan dari The Borneo Post Online

Khamis, 10 Disember 2009

Majalah Kembara Kail Bil:17 Dis 2009



Terima Kasih Pada Rakan seperjuang 24jam Bersekang Mata.
Terima Kasih Editor Malajah
Terima Kasih pada Semua yang terlibat
73,9w2dda.
Langkawi Amateur Radio Satellite Communications Astronomy Club