www.hrdlog.net

Selasa, 27 Oktober 2009

AMATUR RADIO? PRO RADIO?

Amatur Radio? apa itu amatur adalah satu tahap menbuat kajian/eksperimen ( tahap bermulanya mengenal huruf A-Z.1-10 hingga lah boleh menbaca) sebab itu dia dipanggil Amatur.Oleh itu kita bukan sahaja menbuat eksperimen malah mencari pengalaman dan ilmu pengetahuan yang lebih.
Amatur bukan sahaja kita sendiri perlu belajar dan mengajar malah ( perlu mencari guru.bagaimana?begini?faham?kurang faham?) malah lebih daripada itu.

Sebab itu ( Amatur ) menpunyai class yang tersendiri iaitu kajian demi kajian? bermacam boleh dibuat dalam amatur?

  1. Antenna
  2. Radio Recaiver
  3. Tower
  4. Coxial
dan bermacam-macam lagi,Kita perlu mengerah Otak dan Akal mencari Permasalahan yang akan datang pada setiap Kajian.Selepas permasalahan dapat dirunkai akan menjadi ILMU dan pengalaman yang bermakna buat kita.Kita bukan Pro Radio tapi kita hanya Amatur Radio Pada rakan perlu Tahu Tahap dan Class kita.Amatur Radio bukan sahaja digunakanya untuk komunikasi malah satu tempat mencari Ilmu,Pengetahuan.
Jangan Malu bertanya,Jangan kita Berlagak Sombong Walaupun Lulus RAE,CW tanpa ILMU dan Pengetahuan Siapa la kita hanya ada 9W,9M.
Disini Saya menbuka Perluang Pada Rakan mari kita bertukar Pengalaman,Ilmu
Yahoo Mesenger :temonyong2
de,9w2DDA
MARI KITA BELAJAR DAN MENCARI ILMU SERTA PENGALAMAN DALAM DUNIA AMATUR RADIO tiada istilah dalam diri kita sendiri malah rakan di luar negara yang Pro Radio.Malah tetap dipanggil Amatur Radio.

Isnin, 26 Oktober 2009

9M??.9W?? Antara Radio Ham/Radio Kormesial

9M2.9M6,9M8,9W2.9W6.9W8 adalah Callsign bagi radio amatur yang dikeluarkan Oleh MCMC beza ada prefix yang harus ada angka 0 hingga 9.

9MXX Callsign Kormesial seperti MAS,Airasia dan Kapal dagang prefix adalah Huruf Adjad A hingga Z untuk membezakan antara satu dan lain.

9M4 Callsign bagi Pancar pengulang ( Repeater ) bagi kawasan Negeri sebab kadang ada rakan yang tidak mengetahuai 9M.

Nota Ringkas,Suntingan Oleh
9M2AU/A6-Pak Aziz
9W2DDA-dR.Anuar

Jumaat, 23 Oktober 2009

Baik Pulih Repeater Astra G,Raya Langkawi

Pada Jam 10.30am swal GMT menjemput aku ke Gunung Raya sebelum itu berQSO dengan Pak exco(9w2XCO) yang bermobeli ke Gunung Raya.

Nyamanya Udara,Sejuk Melayan Kabus.yang meliputi kawasan G,Raya.Masa di ambil 30 minit untuk sampai di kemuncak G,Raya pada Paras bumi 28000 kaki..waduh terjumpa rakan 9w2CZL & xyl dalam perjalanan turun kerana Xyl sakit kepala biasalah bila kita menaiki Gunung Paras Makin Meningkat Graviti pun lagi kuat.

Pak Exco( 9w2XCO) & Abg Syuki ( 9w2SKI ) sedang memotong rumput serta Repair Repeater selepas 40 minit membuat servis menukar bateri yang baru.dan menroga-roga cabel yang berkarat.ujian pemancaran aku buat tembak ke LARUT.

9w2DMG ( Abg Megat ) menjawab uijian pemancaran bersama rakan di Larut.Pak Exco pula menbuat Pemancaran Pula selepas itu selepas 9w2SKI ( Abg Syuki) menbuat kerja terakhir.

tepat jam 12pm semua turun dari Gunung Raya
Malam akan dibuat Ujian pemancaran dari Base Masing.

Selamat BerQSO jalur Panjang
de,9w2DDA

Selasa, 20 Oktober 2009

Antenna ? apa itu Bendanya? Undang?Homebrew?Macam-Macam Antenna

Antena?adalah suatu peranti yang digunakan untuk merambat gelombang radio atau elektromagnetik atau digunakan untuk menerima gelombang radio atau elektromagnetik.
Pemancaran adalah satu proses permindahan gelombang radio atau elektromagnetik dari talian penghantaran ke ruang bebas melalui antena pemancar. Manakala penerimaan pula ialah satu proses penerimaan gelombang radio atau elektromagnetik dari ruang bebas melalui antena penerima.
Pada kebiasaannya, sebarang bahan konduktor yang membawa arus elektrik boleh dijadikan antena. Jika bahan konduktor berkenaan membawa arus yang berubah-ubah, ia akan memancar satu gelombang elektromagnet yang tidak efisien.
Apabila satu antenna digunakan untuk memancar gelombang radio, arus elektrik akan dialirkan dan digetarkan oleh pemancar di sepanjang wayar atau rod antena tersebut.Tenaga yang dihasilkan dari getaran cas-cas akan dipancarkan ke dalam ruang bebas sebagai gelombang radio. Antena yang digunakan untuk tujuan penerimaan isyarat akan mengenakan suatu arus elektrik dalam wayar atau rod besinya. Arus ini akan digandakan oleh gelombang radio yang diterima.
Parameter perlu diambil kira dalam antena:-


  • Penghasilan tenaga dari antena
  • Galangan(Impedance)
  • Keefisenan
  • Jalur Lebar (Bandwidth)
  • Penerimaan dan penghantaran isyarat

Bahan menbuat Antenna:-

  • Emas
  • Tembaga( coper )
  • Besi ( stell)
  • Aloi ( aluminum )
Antenna ada banyak antenna?
Antenna TV,antenna Radio FM& Radio Amatur.Antenna WIFI,Antenna Satellite ( Parabola )semuanya dalam ketegori Antenna,

UNDANG DI MALAYSIA:-
Akta Komunikasi & Multimedia (1998)Section 183
Menjejaskan keselamatan awam suatu kesalahan
Untuk Makluman Semua HAM kalau tower/antenna jatuh atas rumah dan mencederakan atau menyebabkan kematian :

SECTION 183 Menjejaskan keselamatan awam suatu kesalahan
Seseorang yang menggunakan apa-apa kelengkapan teknik atau sistem yang menjejaskan keselamatan awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Akta Kastam Diraja Malaysia:- Customs Act 1967
Larangan Import -semua peranti komunikasi kena ambil AP daripada SIRIM-

  • Broadcast receivers capable of receiving radio communication within the ranges (68 - 87) MHz and (108 - 174) MHz
  • Radio communication being used for telecommunication in the frequency lower than 3000 GHz.
  • Parabola antenna for outdoor use.
Homebrew Antena:-

  • Yagi,astra,Jpole,Guard bermacam-macam antenna boleh dibuat tanpa kesalahan. tapi jangan bagi ada kes-kes kecederaan sudah lah.
  • Setiap Homebrew antenna @ yang dibeli perlu dipasti Tx(Pemancaran) kuasa yang digunakan tidak mengangu siaran tv komesial spt TV1,TV2,TV3,TV9.TV8 bukan kita sebagai ham perlu menbuat filter( pembersih gelombang dan kuasa) semasa Ujian pemancaran.
  • Banyak lagi benda yang perlu di pelajari dalam dunia Radio Amatur.Kajian pada tower ketahap ketinggian yang maksimun.Tune antenna.filter Gelombang/Kuasa.Coxial.Amplifier ( Homebrew ) dan bermacam-macam lagi perlu diambil kira.
  • UmmH Parabola buatan sendiri tak jadi masalah kalau nak buat sendiri benda pun senang nak buat bukannya susah tak payah minta AP dari SIRIM dan tak sangkut pun Akta Kastam sebab kita bukanya IMPORT tapi buat sendiri tujuannya untuk apa hendak digunakan:??????


de,9w2DDA

Isnin, 5 Oktober 2009

Parabola Kategori Antenna


Kilang Pun Pasang Parabola jimat kos nak bayar ASTRO
Di Melaka Pun Pasang Parabola dan Astro
Peralatan TVRO tanpa Standard SIRIM itu kesalahan Oleh Akta SKKM.

Malaysia Timur Sabah dan Sarawak Parabola pun banyak atas pagar konkrit
biasa siaran fta free aja.

Akta Komunikasi & Multimedia 1998 Untuk Peralatan TVRO Sec 239 @ Sec 37 ( Standard Teknikal ) Denda RM100k @ Penjara 2 Tahun Atau Kedua0duanya.

Notis:-PENGGUNAAN YANG TIDAK DIBENARKAN KE ATAS KELENGKAPAN @ Peranti Komunikasi tidak standard-Parabola satellite TVRO

Berdasarkan ADUAN

Tuan/puan telah memiliki atau mengunakan satu parabola satellite TVRO yang telah dipasang dipremis tuan.
Sila Tanggalkan Peralatan TVRO dalam masa 7 hari selepas menerima Notis ini.
bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil ke atas tuan.
  • TVRO Tanpa Standard SIRIM ( walaupun Ada ISO 9002)
  • RECAIVER DIGITAL tanpa Standard SIRIM ( walaupun ada ISO 9002 )
  • Sah kalau Peranti ni ada ISO .Sirim tak akan Sahkan disebalik ASTRO
  • AP permit bawa masuk Parabola SIRIM yang keluarkan .
  • AP permit Imports SIRIM keluarkan Maka Parabola jadi HALAL
Saya gunakan dish parabola untuk tujuan amatur Radio..International Telecomunication Union( itu ) Bernarkan Penggunaan Dish Parabola.walaupun ada banyak perbezaan dari segi undang-undang dan kebenaran.

73,9w2DDA
dR.mohd Anuar


Welcome to my Blog or I would rather say to my Home Page. The content here is mostly for my own use, i. e. to organize my interests/hobbies and to make it possible to recap what I have found is of interest for me. Some of it may also be of interest for you and I will be glad to share it. As you can see this Home Page has somewhat a focus on amateur radio/amateur astronomy & satellite. That is because my main hobby is or has been Astronomy,Satellite, Amateur Radio with my callsign 9W2DDA/UA1.Sometimes it is watching or digital photography.Digital Product It depends on my mood of the day. That is why the content here has a widespread focus on little here and there. My name is Dr.Mohd Anuar and I live in Cenang Beach ,Langkawi Island.